Wednesday, October 30, 2013

mencari damai

Pengalaman seorang kawan: "...susah hidup bujang...masa tu anak dara lagi...usia hampir mencecah 30thn...siapkan rumah untuk mak...baiki kerana tersangat uzur...untuk mak terpaksa lupakan hal kahwin...dan tak terfikir tentang kawin...kian hari kian payah kerana fitnah bertebaran di sekeliling diri...nak mintak tolong orang pun...sang isteri jeling tak terperi...abang kandung datang rumah pun ditaburnya nista dan sangkaan keji.....Ya Allah...kurniakan aku jodoh penutup bencana ini...Alhamdulillah asalkan beriman kuterima lamaran itu....Alhamdulillah....segalanya damai sekali...."

Saturday, October 5, 2013

Bila ada yang bertanya

Bila berjauhan dengan suami, tak risau ka?
Risau apa? (dalam hati faham, tapi buat-buat tak faham)
Risau macam orang perempuan risau......!!!!
Dengan penuh yakin, aku cuba menjawab...asalkan berada di atas landasan...no problem...

Demikianlah bicara-bicara sumbang yang kekal dalam warisan melayu...Allah jadikan makhluk bernama manusia...Dia tahu siapa itu manusia lelaki, dan manusia perempuan...lalu Dia siapkan peraturan...untuk apa?

Sudah tentu untuk dipatuhi...Memang benar...Islam itu mudah...asalkan kita percaya dan yakin.

Monday, November 26, 2012

MISTERI PERKAHWINAN 1.0

Raja Sehari
Itu istilah yang dianugerahkah kepada pesangan mempelai di hari perkahwinan mereka. Kenapa menjadi raja hanya untuk sehari sahaja?
Melihat situasi hari ini, ia bagaikan suatu yang semakin menjadi nyata. Maksudnya alam rumahtangga itu hanya indah buat seketika. Hari hari yang dilalui selepas itu menjadi hambar. Masalah kecil menjadi besar. Ketidakfahaman semakin menjadi-jadi.
Fenomena ini juga menyebabkan ramai lelaki dan wanita memilih untuk tidak berkahwin. Sunnah Rasulallah yang semakin dipandang remeh ataupun menyusahkan!!!
Nak kahwim seperti nak beli rumah. Kena buat pinjaman juga!!! Apa semuanya ini? Ya Rab...
kenapa semakin jauh dari syariatMu. Astaghfirullah.....